1.IntroductionPengenalan
The Orijin School platform and services are provided by CPro Solutions Sdn. Bhd. (Registration No. 201701029878 (1244047-H)), which trades as "Orijin School". By registering for, accessing or using the services, you confirm that you have read, understood and agreed to be bound by these Terms of Use and the Orijin School Privacy Notice.
Platform dan perkhidmatan Orijin School disediakan oleh CPro Solutions Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201701029878 (1244047-H)) yang menggunakan jenama "Orijin School". Dengan mendaftar, mengakses atau menggunakan perkhidmatan ini, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma Penggunaan ini dan Notis Privasi Orijin School.
Orijin School is a school management and cashless payment platform. It connects parents/guardians, students, schools, teachers, wardens and school merchants. Orijin School is not an e-money issuer and does not hold your funds. Payments are made from your own Boost e-wallet, which Boost provides under its own terms and conditions.
Orijin School ialah platform pengurusan sekolah dan pembayaran tanpa tunai yang menghubungkan ibu bapa/penjaga, murid, sekolah, guru, warden dan peniaga sekolah. Orijin School bukan pengeluar wang elektronik dan tidak memegang dana anda. Pembayaran dibuat daripada e-wallet Boost milik anda sendiri, yang disediakan oleh Boost tertakluk kepada terma dan syarat Boost.
Some services are provided with or by third parties, such as Boost, Bank Simpanan Nasional (BSN), payment gateways and the student's school. Those services are also subject to the third party's own terms.
Beberapa perkhidmatan disediakan bersama atau oleh pihak ketiga (contohnya Boost, Bank Simpanan Nasional (BSN), gerbang pembayaran dan sekolah murid). Perkhidmatan tersebut juga tertakluk kepada terma pihak ketiga berkenaan.
2.DefinitionsTakrifan
| TermIstilah | MeaningMaksud |
|---|---|
| AppAplikasi | The "Orijin School" mobile app for parents/guardians, on Google Play and the App StoreAplikasi mudah alih "Orijin School" untuk ibu bapa/penjaga di Google Play dan App Store |
| Boost / Boost e-WalletBoost / e-Wallet Boost | The Boost e-wallet, provided by Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (Registration No. 201701000820 (1214970-T)), that the Parent links to the AppE-wallet Boost yang disediakan oleh Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201701000820 (1214970-T)) dan dipautkan oleh Ibu Bapa ke Aplikasi |
| CardKad | The Orijin School student smart card issued for a StudentKad pintar pelajar Orijin School yang dikeluarkan untuk Murid |
| ChargesCaj | Fees for services, as shown in the App at the time of purchaseFi bagi perkhidmatan seperti dipaparkan dalam Aplikasi semasa pembelian |
| Daily LimitHad Harian | The maximum a Student may spend with the Card in one day, set by the Parent/GuardianJumlah maksimum yang boleh dibelanjakan Murid dengan Kad dalam sehari, ditetapkan oleh Ibu Bapa/Penjaga |
| DuitNow QRDuitNow QR | The optional static QR code printed on the Card. It can only be used to top up the Parent’s/Guardian’s Boost e-WalletKod QR statik pilihan yang dicetak pada Kad dan hanya boleh digunakan untuk menambah nilai e-Wallet Boost Ibu Bapa/Penjaga |
| MerchantPeniaga | A canteen, bookshop, cooperative or other seller approved to accept the Card as mode of paymentKantin, kedai buku, koperasi atau penjual lain yang diluluskan untuk menerima Kad sebagai cara pembayaran |
| ParentIbu Bapa | A parent or legal guardian aged 18 or above who registers an account and manages one or more StudentsIbu bapa atau penjaga sah berumur 18 tahun ke atas yang mendaftar akaun dan menguruskan seorang atau lebih Murid |
| PINPIN | The secret number used to authorise sensitive actions in the AppNombor rahsia untuk membenarkan tindakan sensitif dalam Aplikasi |
| SchoolSekolah | The Student's school, which uses Orijin School for attendance, outings, lockers or paymentsSekolah Murid yang menggunakan Orijin School untuk kehadiran, keluar asrama/outing, loker atau pembayaran |
| StudentMurid | A child or ward registered by the ParentAnak atau anak jagaan yang didaftarkan oleh Ibu Bapa |
| TabungTabung | The savings programme in clause 8Program simpanan dalam klausa 8 |
| Teacher AppAplikasi Guru | The app that teachers and wardens use for attendance, outings and lockersAplikasi yang digunakan oleh guru dan warden untuk kehadiran, outing dan loker |
| WeKami | CPro Solutions Sdn. Bhd. (Orijin School)CPro Solutions Sdn. Bhd. (Orijin School) |
| YouAnda | The ParentIbu Bapa |
3.Account RegistrationPendaftaran Akaun
Only a Parent aged 18 or above may register an account. You must give true, complete and current information, including your name as on your MyKad or passport, your MyKad or passport number, your mobile number and your email. You must keep this information up to date.
Hanya Ibu Bapa berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar akaun. Anda hendaklah memberikan maklumat yang benar, lengkap dan terkini, termasuk nama seperti dalam MyKad atau pasport, nombor MyKad atau pasport, nombor telefon bimbit dan e-mel. Anda hendaklah memastikan maklumat ini sentiasa dikemas kini.
You may register one or more Students under your account. When you do, you confirm that you are the Student's parent or legal guardian. You also confirm that the Student's details and photo are accurate and that you consent to their use under clause 14.
Anda boleh mendaftar seorang atau lebih Murid di bawah akaun anda. Dengan berbuat demikian, anda mengesahkan bahawa anda ialah ibu bapa atau penjaga sah Murid tersebut, bahawa butiran dan gambar Murid adalah tepat, dan bahawa anda bersetuju dengan penggunaannya di bawah klausa 14.
You are responsible for every action taken through your account, including Card transactions by your Students within the Daily Limit you set.
Anda bertanggungjawab atas semua tindakan yang dibuat melalui akaun anda, termasuk transaksi Kad oleh Murid anda dalam lingkungan Had Harian yang anda tetapkan.
We may refuse, suspend or close an account if we suspect false information, fraud, money laundering or misuse, or if a School or authority instructs us to.
Kami boleh menolak, menggantung atau menutup akaun sekiranya kami mengesyaki maklumat palsu, penipuan, pengubahan wang haram atau penyalahgunaan, atau atas arahan Sekolah atau pihak berkuasa.
You may close your account by contacting Customer Service (clause 17). Closing your account deactivates your Students' Cards. Any balance stays in your Boost e-Wallet, because we do not hold it.
Anda boleh menutup akaun dengan menghubungi Khidmat Pelanggan (klausa 17). Penutupan akaun akan menyahaktifkan Kad Murid anda. Baki anda kekal dalam e-Wallet Boost anda kerana kami tidak memegangnya.
4.Boost e-Wallete-Wallet Boost
To pay with the Card, you must hold an active Boost account and link it to the App. Linking requires your Boost mobile number, Boost PIN and a one-time password (OTP). Boost may also ask you to bind your device as a trusted device, which can involve a cooling-off period set by Boost.
Untuk membuat pembayaran dengan Kad, anda mesti mempunyai akaun Boost yang aktif dan pautkan ke Aplikasi tersebut. Pautan ke Aplikasi memerlukan nombor telefon Boost, PIN Boost dan kata laluan sekali (OTP). Boost juga mungkin meminta anda mengikat peranti anda sebagai peranti dipercayai, termasuk tempoh bertenang (cooling-off) yang ditetapkan oleh Boost.
When you link Boost, you authorise us to send payment requests to your Boost Wallet for the following, each within the limits you set:
- Card purchases made by your Students at Merchants
- Card, replacement and delivery fees, and subscriptions you buy in the App
- Tabung savings deductions you register for (clause 8)
- School fees, tickets or other items you choose to pay in the App
Apabila anda pautkan Boost, anda membenarkan kami menghantar permintaan pembayaran ke Boost Wallet anda bagi perkara berikut, tertakluk kepada had yang anda tetapkan:
- Pembelian Kad oleh Murid anda di Peniaga;
- Fi kad, penggantian kad, penghantaran dan langganan yang anda beli dalam Aplikasi;
- Potongan simpanan Tabung yang anda daftar (klausa 8);
- Yuran sekolah, tiket atau item lain yang anda pilih untuk bayar dalam Aplikasi.
Boost, not Orijin School, holds your funds, verifies your identity (eKYC) and sets your wallet and transaction limits. Top-ups, balances, refunds to your wallet, wallet security and the closure of your Boost account are governed by Boost's terms. Complaints about these go to Boost first.
Boost, dan bukan Orijin School, memegang dana anda, mengesahkan identiti anda (eKYC) dan menetapkan had wallet serta transaksi. Tambah nilai, baki, bayaran balik ke wallet, keselamatan wallet dan penutupan akaun Boost tertakluk kepada terma Boost. Aduan berkaitan hendaklah dibuat kepada Boost terlebih dahulu.
You must keep enough balance in your Boost Wallet. If the balance is too low, a Card payment, subscription or Tabung deduction will be declined. We are not liable for a declined payment caused by an insufficient balance, a Boost outage or an unlinked wallet.
Anda mesti memastikan baki e-Wallet Boost yang mencukupi. Jika baki tidak mencukupi, pembayaran Kad, langganan atau potongan Tabung akan ditolak. Kami tidak bertanggungjawab atas pembayaran yang ditolak akibat baki tidak mencukupi, gangguan perkhidmatan Boost atau e-wallet yang tidak dipautkan.
You may unlink or change your Boost account at any time in the App. A DuitNow QR already printed on a Card will not follow a new Boost account (see clause 5.6).
Anda boleh menyahpaut atau menukar akaun Boost pada bila-bila masa dalam Aplikasi. Kod DuitNow QR yang telah dicetak pada Kad tidak akan berpindah ke akaun Boost baharu (rujuk klausa 5.6).
5.Orijin School CardKad Orijin School
Purchase. You buy the Card in the App and pay through the available payment channels, such as FPX. The Card fee and any delivery charges are shown before you pay. Payment is final and the Card is non-refundable once ordered.
Pembelian. Kad dibeli dalam Aplikasi dan dibayar melalui saluran pembayaran yang disediakan (contohnya FPX). Fi Kad dan caj penghantaran (jika ada) dipaparkan sebelum pembayaran. Pembayaran adalah muktamad dan Kad tidak boleh dibayar balik setelah pesanan dibuat.
Production and delivery. Cards are usually produced within 7 to 14 working days (Kuala Lumpur). They are delivered to the School or to the Malaysian address you choose. We are not responsible for delays or loss caused by a wrong or incomplete address.
Pengeluaran dan penghantaran. Kad biasanya siap dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja (Kuala Lumpur) dan dihantar ke Sekolah atau alamat di Malaysia yang anda pilih. Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kehilangan akibat alamat yang salah atau tidak lengkap.
Activation. You must activate the Card in the App with its serial number and your PIN before the Card can be used.
Pengaktifan. Kad mesti diaktifkan dalam Aplikasi menggunakan nombor siri Kad dan PIN anda sebelum boleh digunakan.
Nature of the Card. The Card does not store money. It identifies the Student. Payments at Merchants are charged to the Parent's linked Boost e-Wallet, within the Daily Limit. The Card is also used for School functions, such as attendance, outings and lockers (clause 9).
Sifat Kad. Kad tidak menyimpan wang. Kad berfungsi sebagai pengenalan Murid, dan pembayaran di Peniaga dicaj kepada e-Wallet Boost Ibu Bapa yang dipautkan, tertakluk kepada Had Harian. Kad juga digunakan untuk fungsi Sekolah seperti kehadiran, ‘outing’ dan loker (klausa 9).
DuitNow QR (optional). If you give consent in the App, a static DuitNow QR linked to your Boost Wallet will be printed on the Card. The QR can only receive top-ups and cannot be used to withdraw or debit funds. Anyone holding or seeing the Card can scan it to top up your wallet. You may choose not to have the QR printed, and the Card will work as normal.
DuitNow QR (pilihan). Dengan persetujuan anda dalam Aplikasi, Kod DuitNow QR statik yang dipautkan kepada Wallet Boost anda akan dicetak pada Kad. Kod QR ini hanya boleh menerima tambah nilai dan tidak boleh digunakan untuk mengeluarkan atau mendebit dana. Sesiapa yang memegang atau melihat Kad boleh mengimbasnya untuk menambah nilai wallet anda. Anda boleh memilih untuk tidak mencetak Kod QR, dan Kad tetap berfungsi seperti biasa.
The printed QR stays linked to the Boost account that was active when the Card was produced. If you change, unlink or relink Boost, the old QR will no longer top up your new account. You must apply for a replacement Card, and the replacement fee applies.
Kod QR yang dicetak kekal dipautkan kepada akaun Boost yang aktif semasa Kad dikeluarkan. Jika anda menukar, menyahpaut atau memautkan semula Boost, Kod QR lama tidak lagi menambah nilai akaun baharu anda. Anda perlu memohon Kad gantian, tertakluk kepada caj penggantian.
Freeze, termination and replacement. You may freeze a Card temporarily or terminate it permanently in the App at any time. If a Card is lost or stolen, freeze it immediately. A replacement Card can only be ordered after the old Card has been terminated, and the replacement and delivery fees shown in the App apply.
Pembekuan, penamatan dan penggantian. Anda boleh membekukan Kad buat sementara atau menamatkannya secara kekal dalam Aplikasi pada bila-bila masa. Jika Kad hilang atau dicuri, bekukan Kad dengan segera. Kad gantian hanya boleh dipesan selepas Kad lama ditamatkan, tertakluk kepada caj penggantian dan penghantaran seperti dipaparkan dalam Aplikasi.
The Card remains our property and has no expiry date. It stays valid while the Student is registered under your account and the account is in good standing.
Kad kekal sebagai hak milik kami dan tidak mempunyai tarikh luput. Kad sah selagi Murid berdaftar di bawah akaun anda dan akaun anda berada dalam keadaan baik.
6.Daily Limit and Student TransactionsHad Harian dan Transaksi Murid
You set a Daily Limit for each Student in the App. A Card payment is declined if it would take the Student's spending for that day over the Daily Limit, or if your Boost balance is too low.
Anda menetapkan Had Harian bagi setiap Murid dalam Aplikasi. Pembayaran Kad akan ditolak jika ia menyebabkan perbelanjaan Murid pada hari tersebut melebihi Had Harian, atau jika baki Boost anda tidak mencukupi.
Each payment is checked, charged and settled in real time. You can see every Student transaction in the App's transaction history.
Setiap pembayaran disemak, dicaj dan diselesaikan secara masa nyata. Semua transaksi Murid boleh dilihat dalam sejarah transaksi Aplikasi.
A purchase from a Merchant is a contract between you or your Student and that Merchant. We are not responsible for the quality, safety, price or delivery of goods and services sold by Merchants. Refunds for goods are a matter between you and the Merchant.
Pembelian daripada Peniaga ialah kontrak antara anda/Murid dengan Peniaga tersebut. Kami tidak bertanggungjawab atas kualiti, keselamatan, harga atau penghantaran barangan dan perkhidmatan yang dijual oleh Peniaga. Bayaran balik bagi barangan adalah antara anda dengan Peniaga.
7.Top-upTambah Nilai
You top up your Boost Wallet through the channels Boost supports, such as online banking, cards, FPX or DuitNow QR. You can also start a top-up from the App. Top-ups, top-up fees and wallet limits are governed by Boost's terms.
Tambah nilai Boost Wallet dibuat melalui saluran yang disokong oleh Boost (contohnya perbankan dalam talian, kad, FPX atau DuitNow QR), termasuk melalui Aplikasi. Tambah nilai, caj tambah nilai dan had wallet tertakluk kepada terma Boost.
We do not charge interest and do not pay profit on any balance.
Kami tidak mengenakan faedah dan tidak membayar keuntungan ke atas sebarang baki.
8.Tabung Savings ProgrammeProgram Tabung Simpanan
Consent. By registering a Tabung, you agree to set up a savings plan for your Student. You also nominate the Student's BSN account to receive the savings.
Persetujuan. Dengan mendaftar Tabung, anda bersetuju untuk mewujudkan pelan simpanan bagi Murid jagaan anda dan mencalonkan akaun BSN Murid untuk menerima dana simpanan.
How it works. You set a savings amount, a maximum limit and a frequency (weekly or monthly). The savings amount is deducted automatically from your Boost Wallet. It is transferred peer-to-peer into a Tabung holding wallet that CPro manages on Boost. Savings are then paid into the Student's BSN account on the next working day in Kuala Lumpur after each scheduled cycle.
Cara ia berfungsi. Anda menetapkan jumlah simpanan, had maksimum dan kekerapan (mingguan atau bulanan). Jumlah simpanan dipotong secara automatik daripada Boost Wallet anda dan dipindahkan secara P2P ke Tabung Holding Wallet yang diuruskan oleh CPro di Boost. Dana kemudiannya disalurkan ke akaun BSN Murid pada hari bekerja berikutnya di Kuala Lumpur selepas setiap kitaran yang dijadualkan.
Insufficient balance. If your Boost balance is too low when a deduction runs, the savings for that period will not be processed. They are not carried forward.
Baki tidak mencukupi. Jika baki Boost anda tidak mencukupi semasa potongan dijalankan, simpanan bagi tempoh tersebut tidak akan diproses dan tidak dibawa ke hadapan.
Maximum limit. The maximum limit is the ceiling for Tabung savings. Withdrawals and changes to the Tabung are confirmed with your PIN. Changes to the limit may require re-registration or a request through the School.
Had maksimum. Had maksimum ialah siling untuk simpanan Tabung. Pengeluaran dan perubahan Tabung disahkan dengan PIN anda. Perubahan had mungkin memerlukan pendaftaran semula atau permohonan melalui Sekolah.
BSN account. The nominated account must be a valid BSN account in the Student's name. We are not liable for failed or misdirected transfers caused by wrong account details. Opening and running the BSN account is subject to BSN's own terms.
Akaun BSN. Akaun yang dicalonkan mestilah akaun BSN yang sah atas nama Murid. Kami tidak bertanggungjawab atas pemindahan yang gagal atau tersalah hantar akibat maklumat akaun yang tidak tepat. Pembukaan dan pengendalian akaun BSN tertakluk kepada terma BSN sendiri.
Funds in the Tabung holding wallet are held only to pass them on to BSN. They do not earn interest or profit while in the holding wallet.
Dana dalam Tabung Holding Wallet dipegang semata-mata untuk disalurkan ke BSN. Tiada penerimaan faedah atau keuntungan semasa berada di dalam holding wallet.
9.School OperationsOperasi Sekolah
Attendance. Where the School uses it, the Student taps the Card at a gate reader to record daily entry and exit. Teachers may also record or correct class attendance in the Teacher App. You can view attendance in the App and may receive notifications.
Kehadiran. Jika digunakan oleh Sekolah, Murid mengetuk Kad pada pembaca di pintu pagar untuk mencatat rekod masuk dan keluar harian. Guru juga boleh merekod atau membetulkan kehadiran kelas melalui Aplikasi Guru. Anda boleh melihat kehadiran dalam Aplikasi dan mungkin menerima notifikasi.
Outing and dorm leave. You or a teacher may apply for an outing or dorm leave. The warden decides whether to approve it. You will be told the decision. On the day, the Student taps the Card when leaving and returning.
‘Outing’ dan keluar asrama. Anda atau guru boleh memohon ‘outing’ atau keluar asrama. Warden memutuskan sama ada untuk meluluskannya. Anda akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut. Pada hari berkenaan, Murid mengetik Kad semasa keluar dan pulang.
Lockers. Where the School uses it, the Student taps the Card at a locker reader to collect and return items. Teachers assign lockers and can view access history.
Loker. Jika digunakan oleh Sekolah, Murid mengetik Kad pada pembaca loker untuk mengambil dan memulangkan barang. Guru menetapkan loker dan boleh melihat sejarah akses.
These records are generated by the School's devices and staff. They are only as accurate as the taps and entries made. The School remains responsible for the care and discipline of Students, for approving outings and for its own attendance rules. Orijin School provides the system only.
Rekod ini dijana oleh peranti dan kakitangan Sekolah, dan ketepatannya bergantung kepada ketikan dan kemasukan yang dibuat. Sekolah kekal bertanggungjawab atas penjagaan dan disiplin Murid, untuk kelulusan outing serta peraturan kehadirannya. Orijin School hanya menyediakan sistem.
10.Charges and SubscriptionsCaj dan Langganan
Downloading the App and registering are free. Charges apply to the following:
- Card purchase, replacement and delivery
- Subscription plans, such as Premium, which adds features like spending reports and co-curricular attendance notifications
- Any other paid feature shown in the App
The current price and period are shown in the App before you confirm.
Muat turun Aplikasi dan pendaftaran adalah percuma. Caj dikenakan bagi perkara berikut:
- Pembelian, penggantian dan penghantaran Kad;
- Pelan langganan seperti Premium, yang menambah ciri seperti laporan perbelanjaan dan notifikasi kehadiran kokurikulum;
- Sebarang ciri berbayar lain yang dipaparkan dalam Aplikasi.
Harga dan tempoh semasa dipaparkan dalam Aplikasi sebelum anda mengesahkan pembelian.
Subscriptions run for the period shown and do not renew automatically. Premium features stop at the end of the period unless you buy a new subscription in the App.
Langganan berkuat kuasa bagi tempoh yang dipaparkan dan tidak diperbaharui secara automatik. Ciri premium akan berhenti pada akhir tempoh tersebut melainkan anda membeli langganan baharu dalam Aplikasi.
Sales and Service Tax and any other applicable taxes may be added at the prescribed rate. Data and telco charges for using the App are your own responsibility.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta cukai lain yang terpakai boleh dikenakan pada kadar yang ditetapkan. Caj data dan telekomunikasi untuk menggunakan Aplikasi adalah tanggungjawab anda.
We may change Charges by giving at least 21 days' notice in the App or through another electronic channel.
Kami boleh mengubah Caj dengan memberi notis sekurang-kurangnya 21 hari melalui Aplikasi atau saluran elektronik lain.
Referral programme. Where offered, referral commission is subject to the programme rules shown in the App. It may take up to 3 months to process after the referred user's qualifying transaction.
Program rujukan. Jika ditawarkan, komisen rujukan tertakluk kepada peraturan program yang dipaparkan dalam Aplikasi. Ia mungkin mengambil masa sehingga 3 bulan untuk diproses selepas transaksi kelayakan pengguna yang dirujuk.
11.NotificationsNotifikasi
You agree to receive service notifications about transactions, low balance, attendance, outings, Tabung and account security. These may come by WhatsApp, in-app or push notification, SMS or email. Service notifications cannot be switched off while your account is active.
Anda bersetuju menerima notifikasi perkhidmatan (transaksi, baki rendah, kehadiran, ‘outing’, Tabung dan keselamatan akaun) melalui WhatsApp, notifikasi dalam aplikasi atau push, SMS atau e-mel. Notifikasi perkhidmatan tidak boleh dihentikan selagi akaun anda masih aktif.
We may send promotional messages, and you may opt out of them at any time.
Kami mungkin menghantar mesej promosi, dan anda boleh memilih untuk berhenti menerimanya pada bila-bila masa.
Notifications are a convenience. Your transaction history in the App is the official record. Delays by WhatsApp, telcos or push services are outside our control.
Notifikasi adalah untuk kemudahan. Rekod rasmi ialah sejarah transaksi anda dalam Aplikasi. Kelewatan oleh WhatsApp, syarikat telekomunikasi atau ‘perkhidmatan push’ adalah di luar kawalan kami.
12.SecurityKeselamatan
Keep your password, App PIN, Boost PIN and OTPs secret, and never share them with anyone, including our staff. We will never ask for your PIN or OTP.
Rahsiakan kata laluan, PIN Aplikasi, PIN Boost dan OTP anda, dan jangan sekali-kali berkongsi dengan sesiapa termasuk kakitangan kami. Kami tidak akan meminta PIN atau OTP anda.
Teach your Students to keep their Card safe. If a Card is lost, stolen or misused, or you suspect unauthorised access, freeze the Card in the App and contact us immediately. We may ask for a police report.
Ajar Murid anda menjaga Kad dengan selamat. Jika Kad hilang, dicuri atau disalahguna, atau anda mengesyaki akses tanpa kebenaran, bekukan Kad dalam Aplikasi dan hubungi kami dengan segera. Kami mungkin meminta laporan polis.
You are liable for transactions made before you freeze the Card or notify us. This liability is capped at the Student's Daily Limit for that day, unless you acted fraudulently or with gross negligence.
Anda bertanggungjawab atas transaksi yang dibuat sebelum Kad dibekukan atau sebelum kami dimaklumkan. Liabiliti ini dihadkan kepada Had Harian Pelajar untuk hari tersebut, melainkan anda bertindak secara penipuan atau dengan kecuaian yang melampau.
Only download the App from Google Play or the App Store, and keep it updated. We are not liable for loss caused by unofficial apps or rooted or jailbroken devices.
Muat turun Aplikasi hanya dari Google Play atau App Store, dan pastikan ia sentiasa dikemas kini. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat aplikasi tidak rasmi atau peranti yang telah diubahsuai.
13.Disputes and RefundsPertikaian dan Bayaran Balik
If you find an error in your transaction history, report it to us within 21 days of the transaction. If you do not, the transaction is treated as correct. We will investigate using our system records.
Jika anda mendapati kesilapan dalam sejarah transaksi, laporkan kepada kami dalam tempoh 21 hari dari tarikh transaksi. Jika tidak, transaksi tersebut dianggap betul. Kami akan menyiasat berdasarkan rekod sistem kami.
If we confirm that an amount was charged in error because of our system, such as a duplicate or failed transaction, we will refund it to your Boost Wallet or your original payment method. This is normally done within 30 days of confirmation.
Jika kami mengesahkan sesuatu amaun telah dicaj secara tersilap akibat sistem kami (contohnya transaksi berganda atau gagal), kami akan membayar balik ke Boost Wallet anda atau kaedah pembayaran asal. Pembayaran balik tersebut lazimnya dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengesahan.
Card fees, delivery fees and used subscription periods are non-refundable, except where clause 13.2 applies or the law requires a refund.
Fi Kad, fi penghantaran dan tempoh langganan yang telah digunakan tidak boleh dibayar balik, kecuali di bawah klausa 13.2 atau jika dikehendaki oleh undang-undang.
Disputes about goods from a Merchant are handled with that Merchant (clause 6.3). Disputes about Boost top-ups or wallet balances are handled with Boost (clause 4.3).
Pertikaian berkaitan barangan Peniaga hendaklah diselesaikan dengan Peniaga tersebut (klausa 6.3), dan pertikaian berkaitan tambah nilai atau baki Boost diselesaikan dengan Boost (klausa 4.3).
14.PrivacyPrivasi
We process your personal data and your Students' personal data under the Personal Data Protection Act 2010 and our Privacy Notice. This includes names, MyKad numbers, photos, school and class, transactions, attendance, outing and locker records, and Boost and BSN linking details. We process it to provide the services, for security and fraud prevention, and to meet legal requirements.
Kami memproses data peribadi anda dan Murid anda (termasuk nama, nombor MyKad, gambar, sekolah dan kelas, transaksi, rekod kehadiran, ‘outing’ dan loker, serta butiran pautan Boost dan BSN) mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Notis Privasi kami, untuk menyediakan perkhidmatan, keselamatan, pencegahan penipuan dan pematuhan undang-undang.
We share data only as needed with the following parties:
- The Student's School and its teachers and wardens;
- Merchants, for the transactions they process;
- Boost, BSN, payment gateways and payment networks;
- Card printing and delivery partners;
- Messaging providers, such as WhatsApp;
- Authorities, where required by law.
Kami berkongsi data setakat yang perlu dengan pihak berikut:
- Sekolah Murid serta guru dan wardennya;
- Peniaga, bagi transaksi yang mereka proses;
- Boost, BSN, gerbang pembayaran dan rangkaian pembayaran;
- Rakan kongsi pencetakan dan penghantaran Kad;
- Penyedia perkhidmatan pesanan seperti WhatsApp;
- Pihak berkuasa, jika dikehendaki oleh undang-undang.
15.LiabilityLiabiliti
We will provide the services with reasonable care and skill. However, we do not guarantee that they will always be uninterrupted or error-free. Readers, Merchant terminals, Boost, BSN, telcos and payment networks may be unavailable from time to time.
Kami akan menyediakan perkhidmatan dengan penjagaan dan kemahiran yang munasabah, tetapi tidak menjamin perkhidmatan sentiasa tanpa gangguan atau bebas ralat. Pembaca kad, terminal Peniaga, Boost, BSN, syarikat telekomunikasi dan rangkaian pembayaran mungkin mengalami gangguan dari semasa ke semasa.
To the extent permitted by law, we are not liable for any indirect or consequential loss. Our total liability for any claim is capped at the Charges you paid us in the 12 months before the claim.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung atau berbangkit. Jumlah liabiliti kami bagi sebarang tuntutan adalah terhad kepada Caj yang anda bayar kepada kami dalam tempoh 12 bulan sebelum tuntutan tersebut.
We are not liable for any failure or delay caused by events beyond our reasonable control (force majeure). These include outages at Boost, BSN, telcos or payment networks, power failures, disasters and actions by the authorities.
Kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan atau kelewatan akibat peristiwa di luar kawalan munasabah kami (keadaan luar biasa), termasuk gangguan Boost, BSN, telekomunikasi atau rangkaian pembayaran, gangguan bekalan elektrik, bencana dan tindakan pihak berkuasa.
You agree to indemnify us against losses caused by your breach of these Terms or by misuse of your account or Cards.
Anda bersetuju untuk menanggung rugi kami terhadap kerugian akibat pelanggaran Terma ini oleh anda atau penyalahgunaan akaun atau Kad anda.
16.Suspension and TerminationPenggantungan dan Penamatan
We may suspend or terminate your account, a Card or any service, with or without notice, in any of these cases:
- You breach these Terms;
- We detect suspicious, fraudulent or unlawful activity;
- We are required to by law, a regulator, Boost, BSN or the School;
- The School stops using Orijin School.
Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun, Kad atau mana-mana perkhidmatan anda, dengan atau tanpa notis, dalam mana-mana keadaan berikut:
- Anda melanggar Terma ini;
- Kami mengesan aktiviti mencurigakan, penipuan atau menyalahi undang-undang;
- Kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, pengawal selia, Boost, BSN atau Sekolah;
- Sekolah berhenti menggunakan Orijin School.
Termination does not affect payments already authorised or Charges already due. Your Boost balance is not affected because we do not hold it.
Penamatan tidak menjejaskan pembayaran yang telah dibenarkan atau Caj yang perlu dibayar. Baki Boost anda tidak terjejas kerana kami tidak memegangnya.
17.General and ContactAm dan Hubungi Kami
Changes. We may update these Terms. We will give at least 21 days' notice in the App or by email before material changes take effect. If you continue to use the services after the effective date, you accept the changes.
Perubahan. Kami boleh mengemas kini Terma ini dengan memberi notis sekurang-kurangnya 21 hari melalui Aplikasi atau e-mel sebelum perubahan material berkuat kuasa. Penggunaan berterusan selepas tarikh berkuat kuasa bermaksud anda menerima perubahan tersebut.
Our intellectual property is ours. You may use the App only as these Terms allow.
Harta intelek kami kekal milik kami. Anda hanya boleh menggunakan Aplikasi seperti yang dibenarkan oleh Terma ini.
These Terms are governed by the laws of Malaysia. The Malaysian courts have exclusive jurisdiction.
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
If any part of these Terms is invalid, the rest still applies. If we do not enforce a right, we have not waived it. You may not transfer these Terms to anyone else, but we may.
Jika mana-mana bahagian Terma ini tidak sah, bahagian lain kekal berkuat kuasa. Kegagalan kami menguatkuasakan sesuatu hak bukan merupakan penepian. Anda tidak boleh memindahkan Terma ini kepada pihak lain, tetapi kami boleh.
Contact us.Hubungi kami.
CPro Solutions Sdn. Bhd., P-1-8, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, 50480 Kuala Lumpur.
EmailE-mel: infoschool@orijin.my
PhoneTelefon: 03 6211 8831
Hours: Monday to Friday, 9am to 5pm.Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang.
For Boost wallet matters, contact Boost Customer Care.
Bagi urusan wallet Boost, sila hubungi Khidmat Pelanggan Boost.
If your complaint about a regulated financial service is not resolved, you may contact Bank Negara Malaysia through BNMTELELINK on 1-300-88-5465.
Jika aduan berkaitan perkhidmatan kewangan yang dikawal selia tidak diselesaikan, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia melalui BNMTELELINK di 1-300-88-5465.
Language. These Terms are provided in English and Bahasa Malaysia. If the two versions are inconsistent, the English version prevails.
Bahasa. Terma ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.